web 2.0

Sunday, December 21, 2008

PELAJARAN 4 (BUKU 1)

Seterusnya, diteruskan lagi dengan keterangan MAIN POINT dalam Pelajaran 4 (AD-DARSU AR-RAABI'U) bagi Buku 1 (Dr. V . Abd Rahim) dari muka surat 21-26. setelah hampir 2 minggu tidak ada sebarang update dibuat, harap maaf di atas kelewatan dari yang dijanjikan.


Pelajaran ini memulakan satu qaedah yang lebih advance berbanding pelajaran-pelajaran sebelum ini yang mana lebih ditekankan kepada pengenalan bahasa Arab itu sendiri, tetapi pelajaran kali ini akan menerangkan peringkat (qaedah) sambungan kepada apa yang telah dipelajari sebelum ini, iaitu HURUFUL JAR (Huruf-huruf yang membuatkan perkataan-perkatan ISIM selepasnya berbaris BAWAH-MAJRURUN), lihat senarai huruf-huruf yang bakal dipelajari di dalam gambar rajah di bawah:-


Peringkat perubahan dari Pelajaran 1 hingga ke pelejaran ini. diringkaskan dalam bentuk gambar rajah di bawah:-








PELAJARAN 3 (BUKU 1)

Harap maaf atas kelewatan meneruskan pembelajaran seterusnya. Sekarang, disambung dengan keterangan MAIN POINT dalam Pelajaran 3 (AD-DARSU AL-ATTHAALITH) bagi Buku 1 (Dr. V . Abd Rahim) dari muka surat 14-20.

Pelajaran 3 ini, mendedahkan peringkat seterusnya dalam bahasa Arab iaitu perkataan dimasukkan ALIF LAM (yang boleh diterjemahkan sebagai: THE, dalam bahasa Inggeris). Apabila sesuatu perkataan dimasukkan dengan ALIF LAM, maka ATTANWIN yang merupakan asas awal setiap perkataan dalam bahasa Arab akan digantikan dengan SATU BARIS sahaja. Sila rujuk gambar di bawah.

Di dalam pelajaran ini juga didedahkan pengenalan awal kepada satu ayat yang sempurna (lengkap) dalam bahasa Arab, yang mana mesti terdiri daripada (sekurang-kurangnya) dua perkataan (iaitu; Subjek & Prediket).

Perkataan pertama; PERKATAAN YANG ADA ALIF LAM

Perkataan kedua; PERKATAAN TANPA ALIF LAM

(perkataan kedua terdiri daripada sifat-sifat, seperti; baru, patah, terbuka, kaya, miskin, bersih, kotor dan sebagainya)

THE PEN IS BROKEN

Bentuk soalan adalah seperti berikut:-


Contoh soalan untuk pertanyaan perkataan lawan:-

Di bawah dinyatakan beberapa (majoriti) perkataan berlawan yang terdapat di dalam pelajaran ini.

Dan sedikit tambahan dalam pelajaran 3 ini juga diterangkan berkenaan sedikit teknik pembacaan ALIF LAM yang mana mungkin kita pernah ketahuinya ketika mula-mula belajar mengaji Al-Quran dahulu, iaitu ALIF LAM QAMARIAH dan ALIM LAM SYAMSIYYAH.

Berikut merupakan jadual huruf-huruf ALIM LAM QAMARIAH:-


Berikut merupakan jadual huruf-huruf ALIM LAM SYAM
SIYYAH:-


PELAJARAN 2 (BUKU 1)

Seterusnya, disambung dengan keterangan MAIN POINT dalam Pelajaran 2 (AD-DARSU AL-ATTHAANI) bagi Buku 1 (Dr. V . Abd Rahim) dari muka surat 12-13.

Pelajaran 2 lebih kurang sama dengan pelajaran 1, cuma ditambah satu qaedah sahaja dan beberapa perkataan baru (masih lagi peringkat pengenalan kepada bahasa Arab), sila rujuk gambar di bawah.

QAEDAH (1): (ذلك)=(ITU) DIGUNAKAN SEBAGAI KATA TUNJUK BAGI BENDA/HAIWAN/MANUSIA (JAUH)

ITU BINTANG.
(THAT IS A STAR).


INI RUMAH DAN INI MASJID.
(THIS A HOUSE AND THAT IS A MOSQUE)


Di dalam pelajaran ini, Qaedah (2), (4), (5), (6) dari Pelajaran 1, digunakan sekali lagi dalam pelajaran ini. Berikut adalah qeadah-qeadah yang telah didedahkan di dalam pelajaran sebelum ini:-

QAEDAH (2.1): ASAL PENULISAN (ذلك) IALAH (ذالك)


QAEDAH (2.2): SETIAP ISIM (KATA NAMA) DI AKHIRI TANWIN (DUA BARIS)

========================================================



QAEDAH (3): (MA) =(APAKAH) DIGUNAKAN UNTUK SOALAN TENTANG BENDA (BUKAN MANUSIA) TERMASUK HAIWAN.

QAEDAH (4): (MAN)=(SIAPAKAH) DIGUNAKAN UNTU
K SOALAN TENTANG MANUSIA SAHAJA.



QAEDAH (5): (AA)=HAMZAH (أ)=(ADAKAH) SATU BENTUK SOALAN, JAWAPANNYA; SAMADA (نعم)=(YA) ATAU (لا)=(TIDAK).